Thursday, April 30, 2020

KERTAS TUGASAN SINGLE PHASE SINGLE LINE DRAWING : PKP COVID 19 ( 4.5.2020)


TARIKH : 4 MEI 2020
MASA : 

Arahan :-
1. Sediakan kertas A3/A4 atau buku latihan yang sesuai.
2. Gunakan pensil 2B, alat lukis, pencontoh bulatan, pembaris dan pemadam yang sesuai.
3. Jawab  soalan 1 merujuk jadual yang diberi di bawah. Ikut arahan yang diberi.
4. Setelah siap, send gambar skematik berkaitan
5. Simpan hasil kerja dan tunjukkan semasa kolej dibuka.



KERTAS TUGASAN SINGLE PHASE LAYOUT DRAWING : PKP COVID19 ( 1 MEI 2020 )


TARIKH : 1 MEI 2020
MASA : 9.00 AM-12.00THG

Arahan :-
1. Sediakan kertas A3/A4 atau buku latihan yang sesuai.
2. Gunakan pensil 2B, alatlukis, pencontoh bulatan, pembaris dan pemadam yang sesuai.
3. Jawab  soalan pada gambarajah yang diberi di bawah. Ikut arahan yang diberi.

3.1 SOALAN 1 SALIN SEMULA DAN LENGKAPKAN.
3.2 SOALAN 2. TULISKAN NOMBOR SOALAN DAN JAWAPAN SAHAJA.
3.3 BAHAGIAN B. LENGKAPKAN SEMULA PELAN LANTAI RUMAH KEDIAMAN PENDAWAIAN SATU FASA YANG DIBERI. ISIKAN SIMBOL ELEKTRIK YANG TELAH DITETAPKAN.

4. Setelah siap, send gambar lukisan pendawaian
5. Simpan hasil kerja dan tunjukkan semasa kolej dibuka.


















Wednesday, April 29, 2020

KERTAS TUGASAN LUKISAN PENDAWAIAN PADA 30.4.2020




TARIKH : 30.4.2020
MASA : 3.00PM-5.00PM

Arahan :-
1. Sediakan kertas A3/A4 atau buku latihan yang sesuai.
2. Gunakan pensil 2B, alatlukis, pencontoh bulatan, pembaris dan pemadam yang sesuai.
3. Jawab 2 soalan pada gambarajah yang diberi di bawah. Ikut arahan yang diberi.
4. Setelah siap, send gambar lukisan pendawaian
5. Simpan hasil kerja dan tunjukkan semasa kolej dibuka.

6. Rujuk nota penerangan 4








Wednesday, April 22, 2020

LATIHAN 23.4.2020




TARIKH : 23.4.2020
MASA : 3.00PM-5.00PM

Arahan :-
1. Sediakan kertas A3/A4 atau buku latihan yang sesuai.
2. Gunakan pensil 2B, alatlukis, pencontoh bulatan, pembaris dan pemadam yang sesuai.
3. Setelah siap, send gambar lukisan pendawaian
4. Simpan hasil kerja dan tunjukkan semasa kolej dibuka.
5. Rujuk nota penerangan 4

SOALAN  

4.1 Lukiskan gambarajah pendawaian mengikut bilik bilik tertentu, merujuk soalan pada 17.4.2020 :-

a. ruang tetamu
b. bilik tidur utama

c. bilik tidur 1
d. bilik tidur 2
e. ruang makan

4.2 Semak format lukisan pendawaian mengikut format piawai. (komen kesesuaian saiz dan tempat symbol).



gambarajah contoh


GAMBARAJAH YANG PERLU DILENGKAPKAN MENGIKUT KESESUAIAN PERALATAN YANG ADA DALAM BILIK BERKAITAN ( gunakan kertas yg berasingan utk setiap bilik dan tambah soket 12 am jika bilik ter4sebut ada soket merujuk perkara 2.1)









cth...utk soket

Thursday, April 16, 2020

LATIHAN 17.4.2020 COVID19 STAY AT HOME




TARIKH : 17.4.2020
MASA : 9.00 AM - 12.00 TGH

Arahan :-
1. Sediakan kertas A3/A4 atau buku latihan yang sesuai.
2. Gunakan pensil 2B, pembaris dan pemadam yang sesuai.
3. Setelah siap, send gambar pelan bentangan bangunan rumah ANDA bahagian tetamu, beserta aksesori.kelengkapan elektrik.
4. simpan hasil kerja dan tunjukkan semasa kolej dibuka.

SOALAN  

2.1 Lukiskan semula pelan bentangan bangunan yang diberi mengikut susun aturnya  mengikut spesifikasi.


2.2 Tentukan konfigurasi pendawaian fasa tunggal mengikut spesifikasi. (kira keperluan kuasa yg diperlukan)

2.3 Tentukan jenis aksesori dan kelengkapan yang sesuai dengan keperluan dan spesifikasi. (senaraikan mengikut bilik). cth. :-
a. Bilik Tidur 1 :1 kipas siling, 1 lampu pendaflor dan 2 soket 13 amp.

2.4 Melukis susun atur yang sesuai mengikut keperluan dan spesifikasi. (lukiskan dalam pelan bangunan tersebut)

2.5 Semak format lukisan susun atur mengikut format piawai. (komen kesesuaian saiz dan tempat symbol).




Diberi gambarajah Pelan Bangunan.





Merujuk Pelan Bangunan di atas, lukiskan semula gambarajah susunatur di bawah mengikut saiz yang sesuai dengan kertas anda.






Merujuk soalan 2.3. Lengkapkan Jadual di bawah.



BIL
TEMPAT
PERALATAN/AKSESORI
KUANTITI
1
RUANG TETAMU
1. Soket 13 Amp
2.
3.
4.
 2 
2
BILIK TIDUR UTAMA


3
BILIK TIDUR 1


4
BILIK TIDUR 2


5
RUANG MAKAN


6
DAPUR


7
TANDAS


8
BILIK AIR


9
BILIK MANDI


10
TANDAS


11
TEMPAT PARKING
 1.





LENGKAPKAN JADUAL KETERANGAN SIMBOL SIMBOL

BIL
SIMBOL
KETERANGAN SIMBOL
1


2


3


4


5


6




Lukiskan Semula Gambarajah Skematik Di Bawah Merujuk Penggunaan Peralatan (2.2). Lengkapkan kotak yang berwarna merah, dan tambahkan aksesori yang kurang.



Wednesday, April 8, 2020

LATIHAN 9.4.2020 COVID 19. STAY AT HOME




TARIKH : 9.4.2020
MASA : 3.00  pm - 5.00 pm

Arahan :-
1. Sediakan kertas A4 atau buku latihan yang sesuai.
2. Gunakan pensil 2B, pembaris dan pemadam yang sesuai.
3. Setelah siap, send gambar pelan bentangan bangunan rumah ANDA bahagian tetamu, beserta aksesori.kelengkapan elektrik.
4. simpan hasil kerja dan tunjukkan semasa kolej dibuka.

SOALAN  

2.1 Lukiskan pelan bentangan bangunan rumah anda dan susun aturnya  mengikut spesifikasi.
( bahagian bilik tidur dan dapur shj ).
(pintu, tingkap, sinki jika ada dll )

2.2 Tentukan konfigurasi pendawaian fasa tunggal mengikut spesifikasi. (kira keperluan kuasa yg diperlukan)

2.3 Tentukan jenis aksesori dan kelengkapan yang sesuai dengan keperluan dan spesifikasi. (senaraikan )

2.4 Melukis susun atur yang sesuai mengikut keperluan dan spesifikasi. (lukiskan dalam pelan bangunan tersebut)

2.5 Semak format lukisan susun atur mengikut format piawai. (komen kesesuaian saiz dan tempat symbol).




Wednesday, April 1, 2020

LATIHAN 2.4.2020 COVID 19. STAY AT HOME




TARIKH : 2.4.2020
MASA : 3.00  pm - 5.00 pm

Arahan :-
1. Sediakan kertas A4 atau buku latihan yang sesuai.
2. Gunakan pensil 2B, pembaris dan pemadam yang sesuai.
3. Setelah siap, send gambar pelan bentangan bangunan rumah ANDA bahagian tetamu, beserta aksesori.kelengkapan elektrik.

SOALAN  

2.1 Lukiskan pelan bentangan bangunan rumah anda dan susun aturnya  mengikut spesifikasi.
( bahagian ruang tamu shj ).
(pintu, tingkap, sinki jika ada dll )

2.2 Tentukan konfigurasi pendawaian fasa tunggal mengikut spesifikasi. (kira keperluan kuasa yg diperlukan)

2.3 Tentukan jenis aksesori dan kelengkapan yang sesuai dengan keperluan dan spesifikasi. (senaraikan )

2.4 Melukis susun atur yang sesuai mengikut keperluan dan spesifikasi. (lukiskan dalam pelan bangunan tersebut)

2.5 Semak format lukisan susun atur mengikut format piawai. (komen kesesuaian saiz dan tempat symbol).




NOTA PENERANGAN D

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME
EE-320-2:2012

SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
TAHAP / LEVEL
LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE
EE-320-2:2012-C01 SINGLE PHASE DRAWING

NO. DAN PERNYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT

1: IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATIONS AND REQUIREMENT.
2: CARRY OUT LAYOUT DRAWING.
3: CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM
DRAWING.
4: CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING.
5: INSPECT SINGLE PHASE DRAWING.


TAJUK / TITLE :
PENGENALAN KEPADA GAMBARAJAH LUKISAN PENDAWAIAN

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan tentang gambarajah pendawaian yang bertujuan bagi rujukan bagaimana cara untuk membuat pendawaian sebenar.


JENIS AKSESORI PENDAWAIAN

4.0.1 Aksesori Kawalan Pembekal
Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama. Ianya
bermula dari fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj. Aksesori ini adalah
hak milik pembekal tenaga elektrik (TNB). Pengguna tidak boleh melakukan sebarang,
percubaan, tentukan dan penyambungan luar.

4.0.2 Aksesori Kawalan Pengguna.

Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:

 Pengasing/pencil
 Suis fius atau MCCB/NFB
 Pemutus Litar Bocor ke bumi
 kendalian arus baki
 Kotak Agihan
 fius aksesori
 pemutus litar minature


4.1 TERMA DAN SPESIFIKASI SAMBUNGAN PENDAWAIAN SATU FASA


Lampu
Suis sehala
Punca Bekalan ENL
L = Live
N= Neutral
E = Earth

Kabel
suis
Terminal common


Rajah 1: Pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh satu suis satu hala

Rajah 2: Pelan pendawaian dua lampu dikawal oleh satu suis satu hala

Rajah 3: Pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua suis dua hala

Rajah 4: Pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua suis dua hala dan suis
perantaraan @ pertengahan
(GAMBARAJAH, RUJUK NOTA HARDCOPY / PDF)

4.2 ALAT PERLINDUNGAN PENDAWAIAN SATU FASA

4.2.1 Jenis-jenis Alat Perlindungan

Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban
lampau) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik, kebakaran
dan sebarang bahaya yang mungkin terjadi.
Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah
dicapai oleh pengguna bagi tujuan :

i. Pengasingan dan penyuisan
ii. Perlindungan arus lebih
iii. Perlindungan kebocoran ke bumi

4.2.1.1 Suis utama (suis fius)

Satu unit yang mengandungi pengasing dengan fius yang boleh ditarik keluar. Ia hampir menyerupai fius suis tetapi mempunyai perbezaan yang berikut :-

i. Fius yang digunakan ialah ialah dari jenis tanpa tag dan tidak perlu skru dan nut
(fius katrij) berbanding fius suis menggunakan fius jenis HRC.
ii. Fius berkadaran 63A kebawah.
iii. Ia tidak terpisah dari palang bus apabila di OFFkan.
- Ia digunakan untuk pemasangan 1 fasa (SP dan SPN ) dan 3 fasa ( TP dan TPN ).
- Simbol suis fius:

Rajah 5 : Simbol fius


4.2.1.2 Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)

ELCB digunakan sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar. Ia berfungsi menggunakan prinsip medan magnet seimbang dimana arus yang masuk (hidup) sama dengan arus yang keluar (neutral). Mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi . Dapat dikendalikan secara automatik atau manual. Ia perlu dipasang apabila rintangan bumi sesuatu kawasan itu tinggi. Setiap ELCB biasanya mempunyai catitan kadaran – kadaran seperti

i. Voltan kadaran
ii. Arus kepekaan
iii. Arus kepekaan

ELCB tidak boleh digunakan dalam sistem pemasangan TNC kerana tiada laluan berasingan
bagi neutral dan arus bocor kebumi (tiada perbezaan antara arus fasa dan neutral).
Simbol pemutus litar bocor kebumi :-

Rajah 6 : Simbol pemutus litar bocor ke bumi

4.2.1.3 Pemutus litar kecil (MCB)

Satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Ia dapat dikendalikan secara automatik atau manual. Ia mestilah dibuat dan direka menurut BS 3871.
Jenis – jenis kendalian pemutus litar

a. Magnetik
b. Thermal
c. Hidraulik

4.3 SUSUNATUR SISTEM PEMBUMIAN
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan, bagi menjamin keselamatan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi. Secara amnya, sistem pepasangan elektrik dibumikan bagi tujuan berikut :-

i. Keselamatan .
ii. Sistem Perlindungan.
iii. Menghadkan Voltan Berlebihan.
iv. Mengadakan Laluan Nyahcas.
v. Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

4.3.1 Pembahagian Pembumian

Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:

1) Pembumian Sistem

a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan;
b) Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat disesuatu kawasan; dan
c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yang berbeza.

2) Pembumian Peralatan

Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau pengguna. Jika suatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak akanmengalir melalui badan manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan manusia mempunyai rintangan yang lebih tinggi berbanding dengan rintangan ke bumi.

4.3.2 Jenis Dan Fungsi Aksesori Pembumian

Aksesori pembumian adalah seperti berikut:

i) Elektrod bumi
Jenis elektrod yang digunakan untuk pendawaian rumah ialah rod besi bersalut kuprum (copper jacketed steel core rod).
ii. Konduktor Pengikat Utama (equipotential bonding)
Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke bahagian logam terdedah.Saiz minima kabel ialah 10 mm².
iii. Konduktor pelindung
Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke bahagian lain pemasangan yang memerlukan pembumian yang saiznya adalah sebagaimana dibawah;

a) Sama dengan saiz kabel fasa sehingga 16 mm².
b) 16mm² jika saiz kabel fasa diantara 16 mm² hingga 35 mm².
c) Separuh dari saiz kabel fasa jika saiz kabel fasa melebihi 35 mm².

4.3.3 Penyusunan Pembumian Menggunakan TT Sistem
i. Huruf pertama menunjukkan susunan sistem pembumian dari pihak bekalan.
ii. Huruf kedua menunjukkan penyusunan pembumian dalampemasangan pengguna.
T - pertama : Menunjukkan sistem bekalan ini menyediakan bumisendiri.
T- kedua: Menunjukkan semua bingkai logam alat elektrik dan lainlaindisambung terus kebumi.
Penyusunan pembumian menggunakan TT sistem adalah seperti berikut:

Rajah 7: Pemasangan elektrod bumi


4.3.4 Bahagian-Bahagian Yang Perlu Dibumikan

i. Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dawai katenari dan sebagainya;
ii. Satu punca belitan sekunder bagi pengubah; dan
iii. Rangka bumbung yang diperbuat dari logam (Metal Roof Truss).


4.3.5 Bahagian – Bahagian Yang Tidak Perlu Dibumikan
i. Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyai sarung bukan logam selain pembuluh yang disambung sebagai tempat laluan masuk antara bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel lampu-lampu nyahcas;
ii. Klip logam untuk memasang kabel;
iii. Penutup lampu yang dibuat daripada logam;
iv. Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan penebat;
v. Rantai logam untuk menggantungkan lampu dan peralatannya; dan
vi. Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air.

4.3.6 Penamatan Di Bumi
Kotak Pembumian (Earth chamber) adalah dari jenis konkrit atau PVC manakala elektrod bumi adalah dari jenis besi bersalut kuprum.

Rajah 8 : Pemasangan elektrod bumi


4.4 SAIZ KABEL

Kabel yang hendak digunakan bergantung kepada jenis beban yang dipasang dan jenis pendawaian yang hendak digunakan.Satu pengiraan khas perlu dilakukan bagi mendapatkan saiz kabel yang tepat.Hal ini ada dibincangkan dengan terperinci dalam buku peraturan pemasangan atau buku-buku pemasangan elektrik.Bagi memudahkan kerja melukis dan sebagai panduan awal tanpa pengiraan khas, jadual di bawah bolehlah digunakan untuk kerja-kerja melukis rajah skematik.




4.5 PERATURAN DAN SPESIFIKASI PENDAWAIAN SATU FASA
4.5.1 Faktor Pemilihan Sistem Pendawaian
Didalam menentukan dan memilih jenis sistem pendawaian yang akan dibuat pada sesuatu bangunan bergantung kepada beberapa faktor seperti,
- Jenis bangunan
- Suhu persekitaran
- Keselamatan
- Kos


Dan berikut disenaraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan jenis sistem pendawaian.
a) Jenis pembinaan bangunan – bagi menentukan penghalaan pendawaian, ikatan dan penamatan.
b) Suhu ambient – mengambil kira jenis pemasangan jika di dalam bilik dandang.
c) Keadaan pemasangan – perlindungan ke atas keperluan kemungkinan berlaku kerosakan mekanikal dan ketinggian tempat bekerja.
d) Kekemasan pemasangan – mengenalpasti samada pemasangan sesuai secara sistem pendawaian permukaan atau pendawaian tersembunyi.
e) Ketahanan – jangka hayat tempoh pemasangan
f) Ekonomi – kos keseluruhan sesuatu pendawaian serta kemampuan pembiayaan kewangan.
g) Aspek keselamatan – pemasangan mestilah dapat menghindarkan daripada kemungkinan bahaya.
Bagi pemasangan sistem pendawaian kekal hendaklah mengambil kira segala aspek perlindungan daripada kerosakan mekanikal, haba, api dan unsur-unsur kekaratan ke atas pendawaian.
Maklumat berkaitan dengan pemilihan saiz kabel, jenis penebatan dan kaedah sistem yang patut digunakan, kadaran arus yang dibenarkan dan kadaran voltan susut diberikan dalam jadual pendawaian atau peraturan pemasangan.
4.5. 2 Keperluan Pemasangan
1. Semua kabel yang dipilih mestilah betul saiznya serta keupayaan kadaran kuasa mengikut keperluan kegunaannya.
2. Kesemua kabel fasa hendaklah dilindungi secukupnya serta penempatan yang sesuai bagi mengelakkan kemungkinan bahaya.
3. Setiap litar hendaklah dilindungi daripada arus lebihan dan arus bocor kebumi.
4. Jika salur logam digunakan bersama pemasangan atau berhampiran dengan kabel fasa hendaklah disambungkan ke bumi.
5. Langkah keselamatan khas diperuntukkan bagi kabel dan sistem pendawaian yang terdedah kepada persekitaran mudah terbakar atau pada tempat yang lembab.



4.5.3 Perkara-perkara Yang Difikirkan Perlu Sebelum Memulakan Kerja Pemasangan
1. Pemasangan hendaklah sesuai dengan struktur bangunan terutamanya tidak akan menyebabkan kerosakan atau gangguan kepada bangunan tersebut.
2. Pendawaian hendaklah dilakukan mengikut peringkat yang betul selaras dengan pembinaan bangunan peringkat demi peringkat.
3. Ini dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak perlu seperti pemotongan, menggerudi serta mengalihkan fabrik pada bangunan yang telah siapkan.
4. Kebanyakan bangunan masa kini dipasang siling jenis gantung, terlapis lepa dan salur perkhidmatan. Sudah tentu memerlukan sistem pemasangan jenis tersembunyi.


4.5.4 Jenis litar pendawaian Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar khusus.

 1. Litar jejari Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar jejari. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.
 2. Litar gelang Litar gelang adalah di mana pangkal dan hujung wayarnya disambung pada MCB yang sama. Soket alir keluar 13A di luar bilik (seperti ruang tamu dan dapur) biasanya disambung pada litar gelang. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar gelang adalah 10 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.
 3. Litar pencahayaan Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.

4. Litar khusus Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar 2.5mm² bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin.Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua.

4.6 PROSEDUR UNTUK MELUKIS PENDAWAIAN SATU FASA
Lukisan pendawaian dibuat dengan maklumat yang diperolehi daripada pelan bentangan dan lukisan skema unit kawalan utama pengguna. Lukisan dimulakan dengan melakar lukisan bentangan pendawaian seperti dalam rajah di bawah.


Rajah 9: Contoh lukisan bentangan pendawaian


Rajah 10: Contoh lukisan pendawaian


Maklumat-maklumat seperti berikut hendaklah dinyatakan dalam lukisan pendawaian; seperti panjang dan bilangan kabel, dan label alat kelengkapan/ aksesori. Lukisan haruslah dilukis dengan kemas, ringkas dan elakkan dari berlaku persilangan garisan yang boleh mengelirukan. Ini termasuklah penyusunan simbol, garisan dan sambungan tamatan.
Berikut adalah beberapa contoh lukisan pendawaian elektrik bagi pepasangan elektrik.




Rajah 11: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh satu suis satu hala

Rajah 12: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh dua suis dua hala

Rajah 13: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh dua suis dua hala
dan satu suis perantaraan


Rajah 14: Pendawaian SAK 13 l i tar jejar i

Rajah 15: Pendawaian SAK 13A l i tar gelang




4.7 FORMAT LUKISAN PENDAWAIAN SATU FASA

Gambarajah pendawaian menunjukkan bentuk laluan dan sambungan sesuatu litar pada kedudukan dan pendawaian sebenar atau hampir-hampir menyamai dengan kedudukan asal yang melibatkan komponen, alatambah dan unit-unit tertentu. Gambarajah ini termasuk kedudukan fizikal komponen, pendawaian dan alatambah. Begitu juga dengan bentangnya.
Bagi pemasangan domestik gambarajah seperti ini tidak begitu diperlukan kerana litar-litar yang terlibat dipemasangan ini mudah dan boleh diingat oleh pendawai litar itu. Tetapi bagi maksud latihan kepada pelajar-pelajar baru dalam bidang ini, lukisan pendawaian perlu dipelajari. Diantara litar-litar yang terlibat dengan pemasangan domestik ialah:-
 litar kawalan lampu
 litar kawalan kuasa
 Litar kawalan motor
 litar elektronik
 lain-lain litar yang terdapat dalam pemasangan tersebut.
Gambarajah pendawaian amat diperlukan bagi pemasangan dan penyurihan yang melibatkan banyak komponen dan sambungan alat elektrik. Misalnya untuk pendawaian pemula motor, pendawaian unit kawalan, alat pengukuran, pendawaian belitan motor dan lain-lain.
4.7.1 Memahami gambarajah litar domestik
Sebelum memulakan kerja-kerja melukis gambarajah pendawaian pemasangan domestik, terlebih dahulu kita perlu mengetahui gambarajah litar asas yang lazim digunakan kerana gambarajah pendawaian yang akan dilukis itu berdasarkan gambarajah litar asas.
Sebenarnya tiada perbezaan kendalian dan sambungan diantara gambarajah litar asas dengan gambarajah pendawaian tetapi yang berbeza hanyalah dari segi kedudukan komponen-komponennya berada pada kedudukan sebenar. Berikut adalah contoh bagaimana gambarajah pendawaian dibuat.
Gambarajah ini amat berguna kepada pendawaian elektrik dan juruelektrik bagi kerja –kerja pemasangan pendawaian atau tambahan litar atau membaiki dan mencari kerosakan litar.


4.7.2 Gambarajah Pemasangan

Apa sahaja gambarajah yang dapat membantu dalam kerja-kerla pemasangan boleh dimasukkan ke dalam kumpulan gambarajah pemasangan. Pemasangan yang dimaksud ini, tidaklah dikhususkan kepada pemasangan yang melibatkan dawai sahaja. Pemasangan paip, pemasangan bahagian alat jentera dan sebagainya termasuk dalam erti kata pemasangan.
Dalam kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik terdapat beberapa jenis beban yang digunakan diantaranya ialah:

1. beban lampu
2. soket alur keluar.
3. meter kWh
4. Unit kawalan pemasak
5. Alat pendingin udara


Tujuan gambarajah pendawaian ialah untuk menunjukkan sambungan pada alat Tambah atau kelengkapan yang hendak dipasang disebuah bangunan atau papan kawalan .Ia juga pendawaian yang menunjukkan haluan setiap pengalir dilalui itu sementara gambarajah skema digunakan untuk menunjukkan pemasangan litar –litar sub akhir, alat-alat kawalan di samping menetapkan kadar saiz kabel ,kadar arus, peralatan dan sebagainya


SOALAN :


1) Apakah yang dimaksudkan dengan pendawaian?
………………………………………………….......................................................................................................................................................................................................……
2) Nyatakan 4 jenis beban dalam pemasangan pendawaian elektrik?
A.
B.
C.
D.
3) Nyatakan 3 jenis litar domestik.
A. _____________________________________________________
B. _____________________________________________________
C. _____________________________________________________




RUJUKAN/REFERENCE :
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik,Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.
6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif
7. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Untuk Sekolah Menengah Vokasional) Oleh; Abd. Samad Bin Haji Hanif Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa Editor : Amirudin Bin Abdullah Pustaka