>>>> BLOG UTK KEGUNAAN SENDIRI SHJ <<<<
1.0 PENGERAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
Daya
upaya modal insan dan khazanah sumber Kementerian Pendidikan Malaysia,
khususnya warga BPTV dan warga SMT dan KV, digabung jalin, digembleng
dan digerakkan ke arah penjanaan dasar Transformasi Pendidikan
Vokasional bagi mencapai satu visi dan menyempurnakan satu misi sepunya
yang terbit daripada seperanggu nilai teras yang menjadi pegangan
bersama.
2.0 VISI PENDIDIKAN VOKASIONAL
PENERAJU PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG UNGGUL
Keunggulan
pendidikan vokasional adalah berteraskan inisiatif Transformasi
Pendidikan Vokasional bagi melahirkan modal insan yang berilmu
pengetahuan dan berkemahiran dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”
Keunggulan
pendidikan vokasional ini menjadi acuan penempaan modal insan unggul
menerusi penerapan nilai murni, penerapan nilai aspirasi, penyuburan
sikap positif, penguasaan ilmu dan pengasahan kemahiran. Modal insan
unggul keluaran model pendidikan vokasional ini membawa bersamanya
kecintaan kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat. Dengan demikian
keinginan untuk terus belajar dan berlatih.
Kecemerlangan kerjaya
lulusan pendidikan vokasional ini tercapai menerusi program latihan yang
berorientasikan pembelajaran berasaskan kerja. Orientasi work-based
learning (WBL) ini memungkinkan kandungan ilmu dan kemahiran yang
dibekalkan kepada murid sentiasa dipertingkatkan dan diselaraskan supaya
menepati keperluan baharu dalam industri, perniagaan dan masyarakat.
VISI
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.
MISI
Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.
3.0 HASIL PEMBELAJARAN (LO) KOLEJ VOKASIONAL
Hasil
Pembelajaran adalah pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu,
faham dan boleh lakukan apabila tamat tempoh pengajian. Kolej Vokasional
menggunakan Domain Hasil Pembelajaran (LO) yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sembilan (9) Domain Hasil Pembelajaran:
Pengetahuan
Kemahiran praktikal
Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sains
Kemahiran komunikasi
Kemahiran sosial, kerja berpasukan dan tanggungjawab
Nilai, sikap dan profesionalisme
Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Kemahiran pengurusan dan keusahawanan
Kepimpinan
4.0 MATLAMAT PROGRAM
Matlamat
Program ialah satu pernyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan
rasional dalam penawaran sesuatu program. Objektif Program pula
merupakan pernyataan-pernyataan tentang apa yang harus dipelajari oleh
seseorang pelajar untuk mencapai matlamat program. Manakala program pula
merupakan susunan modul yang distruktur untuk satu tempoh tertentu dan
peringkat pembelajaran, bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah
ditentukan dan yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan satu
kelayakan. Oleh itu, struktur program KV bagi kursus teras merangkumi 70
peratus kemahiran dan 30 peratus teori yang bertujuan melahirkan
graduan berteknologi.
Matlamat program
Diploma KV adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan
berteknologi dalam pelbagai bidang yang bersedia menyertai pasaran
kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
5.0 PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO), PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO) DAN COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)
Perlaksanaan
pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap program akademik
perlu mempunyai Programme Educational Objectives (PEO).
PEO
perlu dibuat penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan
pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) agar menepati keperluan dan
kehendak mereka. PEO yang disemak semula juga perlu dihubungkaitkan
dengan visi dan misi KV. Setiap program disemak semula perlu mempunyai
beberapa pernyataan PEO. Pernyataan tersebut mestilah merangkumi domain
Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal dan merangkumi gabungan tujuh (7)
domain Kemahiran Insaniah (KI).
Analisa pencapaian PEO
samada tercapai atau tidak, bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan.
Lazimnya pencapaian PEO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai
atau diukur selepas 3 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduat.
Secara umumnya definisi untuk PEO, PLO dan CLO adalah seperti dalam Jadual 1
5.1 MEMBENTUK OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
Pembentukan
PEO untuk setiap program adalah berdasarkan kepada visi dan misi KV
KPM. Semua PEO direkabentuk untuk memenuhi keperluan dan harapan
pihak-pihak kepentingan (stakeholder). Pemetaan antara PEO dengan visi,
misi dengan keperluan stakeholder ditunjukkan dalam Rajah 4. Semua PEO
akan menggambarkan pencapaian pelajar yang dijangkakan. Pencapaian PEO
akan mengenalpasti pencapaian visi dan misi kolej yang telah ditetapkan.
Programme
Educational Objective (PEO) bermaksud satu set penyataan yang
menerangkan hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar
dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama
antara 3-5 tahun.
Objektif Pendidikan Program (PEO) Kolej Vokasional:
a) Berpengetahuan dan berkemahiran dalam disiplin program yang diikuti;
b) Efektif dalam komunikasi, kerja berpasukan dan memaparkan ciri kepimpinan yang beretika dalam organisasi;
c) Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya.
5.2 MEMBENTUK HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Setelah
PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah
dinyatakan secara eksplisit merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu
mempunyai Sembilan pernyataan PLO yang mengandungi kesemua sembilan
domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan
bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar
bergraduat. Seharusnya pemetaan satu dengan satu antara PLO dengan LO
(contoh PLO1 pemetaan kepada LO1)
Programme Learning
Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set pernyataan yang menerangkan
hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah
melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program
akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas
untuk melaksanakan sesuatu program.
Semua PLO KV
dibentuk mengikut sembilan hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh
KPM. Kesemua hasil pembelajaran ini juga disejajarkan dengan domain
pembelajaran Taksonomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan
Afektif (A).
BPTV telah menetapkan sembilan
PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan
sembilan Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program,
pelajar KV akan dapat:
1. Mengamalkan pengetahuan yang mempunyai hubungan dengan bidang vokasional. [LO1]
2. Mengaplikasi kemahiran praktikal dan menyelesaikan masalah.[LO2]
3. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. [LO3]
4. Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti
kejuruteraan serta masyarakat. [LO4]
5. Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam melaksanakan
pelbagai bidang tugas. [LO5]
6. Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan kod
amalan profesion. [LO6]
7. Mengaplikasi kemahiran pengurusan maklumat dalam pembangunan professional berterusan dan
melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat.[LO7]
8. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam aspek perniagaan bagi meningkatkan kemahiran
keusahawanan untuk kemajuan kerjaya. [LO8]
9. Mengamalkan ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang berkesan. [LO9]
5.3 MEMBENTUK HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Hasil
Pembelajaran Kursus dibentuk dengan menggunakan Taksonomi Bloom yang
mengandungi tiga domain iaitu domain kognitif, psikomotor dan afektif.
Domain kognitif mengandungi enam aras, afektif mempunyai lima aras dan
psikomotor ada tujuh aras.
Jadual 2 (a), 2 (b) dan 2 (c) menunjukkan Domain pembelajaran Taksonomi Bloom bagi domain kognitif, psikomotor dan afektif.
6.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM
Matlamat
program Diploma Teknologi Elektrik ialah untuk membentuk Pembantu
Jurutera Elektrik/Juruteknik yang bersedia menyertai pasaran kerja,
usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
6.1 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
Program Diploma Teknologi Elektrik mampu menghasilkan Pembantu Jurutera Elektrik/Juruteknik yang :
6.2 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Di akhir program Diploma Teknologi Elektrik pelajar akan boleh:
6.3 MATRIKS PEO – LO
6.4 MATRIKS PLO – PEO
Adaptasi
dari Jadual 1. Mapping of Program Learning Outcomes (PLO) against the
Programme Educational Objective (PEO), Mapping of COPPA 2nd Edition 2017
(ms 2)
No comments:
Post a Comment