Tuesday, October 20, 2020

KELAS ONLINE KURSUS ETE2022

 Arahan :-



(Isikan maklumat ini dlm google form kehadiran)

TARIKH : 21 OKT 2020
KURSUS : ETE2022 : PENGENALAN

MASA  MULA :  8.00 am
MASA TAMAT : 12.00 pm 


KLIK LINK GOOGLE MEET :
Meeting URL: RUJUK WHATSAPP


-KSKV
-DPSK


TAJUK / TITLE :

MENGENALPASTI SPESIFIKASI DAN MANUAL PENYELENGGARAAN PERALATAN ELEKTRIK

 

TUJUAN / PURPOSE:

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan cara penyelenggraan peralatan elektrik satu fasa.


PENERANGAN :

Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa

Definasi Penyelenggaraan

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.

1.0 JENIS PERALATAN ELEKTRIK DI RUMAH

i)      Microwave

ii)     Ketuhar

iii)    Unit pemanas air ( water heater )

iv)   Seterika elektrik

v)    Lampu

vi)   Peti Sejuk

vii)  Kipas elektrik

viii) Penghawa dingin satu fasa

Tujuan Penyelenggaraan

                      i.        Selamat dan boleh digunakan. (dari segi ketahanan dan kesihatan)

                     ii.        Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenagadan sebagainya)

                    iii.        Mencapai tahap bolehguna yang diterima.

                   iv.        Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond economic repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan.

                    v.        Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan kelengkapan dan servis.

                   vi.        Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.

Jenis Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan  yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan  pemeriksaan berkala

Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance)      

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau  selepas berlaku kerosakan.

Kategori Kerosakan

Cemas (Emergency)

        Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau  terganggu) yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak

Segera (Urgent)

Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan pengguna (misalnya  kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan tersumbat).

Biasa (Normal)

Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan   ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

Operasi Penyelenggaraan

                    i.        Servis (servicing)

                   ii.        Pembersihan / Pencucian Bangunan (routine cleaning)

                  iii.        Pembaikan (rectification, repair)

                 iv.        Penggantian (replacement)

                  v.        Penyambungan (extension)

                 vi.        Pengubahsuaian (renovation)

                vii.        Naiktaraf (upgrading)

 

1.2 JENIS KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRIK

Setiap pemasangan elektrik pasti akan mengalami kerosakan. Diantaranya ialah pemasangan yang sudah lama, kesalahan pemasangan, angkara makhluk perosak      seperti gigitan tikus dan mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan sebagainya.

Kerosakan yang sering berlaku pada pendawaian elektrik boleh dibahagikan kepada berikut :

                      i.        Litar pintas

                     ii.        Litar bocor kebumi

                    iii.        Litar buka

                   iv.        Kerosakan alat-alat pelindung arus lebihan

 

a)Litar Pintas

Litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral.

 

 

 

 

 

 

 

 


                                                            Rajah 1: Litar pintas

Kerosakan litar pintas dapat dikenalpasti melalui MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu  juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama ( PSU ), maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan.

 

     Di antara punca-punca berlakunya litar pintas adalah:

  1. Penebat kabel terkoyak.
  2. Penebat kabel cair.
  3. Benda asing seperti cicak,tikus,air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir  

            elektrik.

  1. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor  

            elektrik yang pecah pemisahnya,soket yang pecah menyebabkan persentuhan

            antara pengalir elektrik dan sebagainya.

    Kaedah mengesan kerosakan

    Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut:

  1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
  2. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
  3. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana bekalan sedang digunakan,penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja.
  4. Gunakan alat uji Rintangan Penebat (Insulation Resistance Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.
  5. Asingkan beban seperti lampu dan perkakas elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’ OFF’ kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik.
  6. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya (fasa dengan fasa dan neutral).
  7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm,maka litar tersebut telah berlaku litar pintas (lihat jadual 71A Peraturan IEE Edisi-16).
  8. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
  9. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang lebih dari satu litar yang rosak sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.

 

                                 Jadual 1: Nilai minima rintangan penebat

 

Voltan Litar Terendah - Volt

 

 

Voltan AT - Volt

 

 

Rintangan Penebat Minima - MegaOhm

 

Litar bervoltan lebih rendah apabila litar dibekalkan dari suatu transformer penebat keselamatan ( Peraturan 411-02-04 item (I) dan juga memenuhi kehendak Peraturan

411-02-04 )

250

 

0.25

 

Hingga ke dan termasuk 500V dengan pengecualian kes-kes di atas

500

0.5

 

Melepasi 500 V hingga 1000 V                                                       

1000

1.0

 Antara litar SELV dan litar LV yang 

 berkaitan dengan tambahan tahan     

 ujian di mana dikehendaki

 Contoh : U 240V r.m.s.  A.T. untuk 60s

500

5.0

 

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka perlu dibaiki atau ditukar baru mengikut kesesuaian. Kerosakan seperti kabel terkoyak, benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru pemasangan pendawaian itu. Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC,andainya bahagian yang koyak itu sedikit sudah memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing seperti tikus,cicak,air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan  menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

b) Litar Bocor Ke Bumi

Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada pemasangan pendawaian yang membawa arus elektrik (sama ada dari sebelah fasa-fasa atau neutral) ke bumi.Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa arus elektrik kepada bahagian logam berbumi atau kabel bumi sendiri.

Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila PBLK sering terpelantik   terputus apabila di ‘ON’kan.

    Diantara punca-punca berlakukan litar bocor kebumi adalah:-

  1. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam berbumi.
  2. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi atau bahagian logam berbumi.
  3. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh antara pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.
  4. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor,lampu,soket alur keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.
  5. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang berbumi atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi.

 

 Kaedah mengesan kerosakan

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti berikut :

  1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama (main switch) untuk menggelakkan sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
  2. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
  3. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana bekalan elektrik sedang digunakan,penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja.
  4. Gunakan alat penguji rintangan penebat (Insulation Resistance Tester) untuk mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.
  5. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, motor elektrik dan alat-alat elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’OFF’kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.
  6. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya dengan bumi (fasa –fasa, neutral dan bumi)
  7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar tersebut telah dikatakan bocor ke bumi (lihat Jadual 71A Peraturan IEE-Edisi 16)
  8. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak
  9. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari satu litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.

 

 Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka perlu dibaiki atau ditukar baru mengikut kesesuaian. Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit),benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC, andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

 

 

 

c)  Litar Buka

Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga sampai kepada beban. Ini menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik.  Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila peralatan elektrik tidak dapat beroperasi walaupun telah di’ON’kan semua suis untuk alat tersebut beroperasi.

      Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:-

  1. Kabel putus.
  2. Sambungan pada terminal tertanggal.
  3. Litar pada motor elektrik atau mesin elektrik terputus.
  4. Kerosakan seperti suis,soket alir keluar,suis utama,PBLK,MCB,fius pengasing dan penghidup motor elektrik.

 

Kaedah Mengesan Kerosakan

Ujian untuk kerosakan jenis ini lebih mudah dilakukan dalam litar hidup tetapi sekiranya sangat merbahaya jika dilakukan dalam litar hidup,maka boleh juga dilakukan dalam litar mati.

a.    Kesan kerosakan dalam litar mati :

                      i.        Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.

                     ii.        Matikan bekalan elektrik untuk seluruh pepasangan itu (‘OFF’kan suis utama,PBLK dan semua MCB ) atau untuk litar yang hendak dikesan sahaja.

                    iii.        Gunakan ‘multitester’ dengan bidang ohm untuk membuat ujian ini.

                   iv.        Pintaskan pada hujung litar kecil akhir umpama S.A.K. dan pengasing pada bahagian pengalirnya (fasa-fasa dan neutral sahaja ) pada litar yang hendak diuji.’ON’kan semua suis yang memgawal litar yang hendak diuji itu.

                    v.        Uji setiap fasa dan neutralnya pada papan suis utama,sekiranya multitester menunjukkan bacaan 0 ohm,maka litar tersebut tidak buka dan sebaliknya jika tidak menunjukkan bacaan 0 ohm.

                   vi.        Teruskan mengesan kerosakan sehingga  dapat mengenalpasti punca kerosakan.

 

b.    Kesan kerosakan dalam litar hidup :

                      i.        Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.

                     ii.        ‘ON’kan semua suis untuk litar yang rosak tersebut sehingga sepatutnya ia mendapat bekalan sama ada satu fasa atau tiga fasa.

                    iii.        Gunakan multimeter dengan bidang voltan(1000V untuk tiga fasa dan 240V untuk satu fasa).

                   iv.        Uji voltan yang sampai pada setiap penghujung litar kecil akhir ( antara fasa 415V dan fasa dan neutral 240V ) untuk satu fasa seperti pengasing, penghidup motor elektrik dan soket alirkeluar sama ada voltan yang sampai mengikut kadaran yang sepatutnya. Sekiranya tiada kerosakan litar buka voltan akan sampai mengikut kadaran yang sepatutnya.

                    v.        Sekiranya tiada litar buka sehingga ke hujung litar kecil akhir ujian peralatan seperti cerek elektrik ,motor elektrik dan mesin elektrik hendaklah dibuat.

                   vi.        Jika didapati alat elektrik seperti cerek elektrik,motor elektrik dan mesin elektrik tersebut yang rosak,maka perlulah dimatikan bekalan kepadanya dan dibaiki alat itu.

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti punca kerosakannya maka baikinya jika boleh atau tukar baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

Kerosakan litar buka pada suis lampu, suis soket alirkeluar, pengasing dan penghidup motor elektrik boleh diatasi dengan membaiki sesentuhnya atau diganti dengan yang baru. Litar buka yang disebabkan oleh tertanggal sambungan pada terminal suis,terminal motor elektrik boleh diatasi dengan menyambungkan kembali kabel yang tertanggal.

Manakala kabel elektrik yang membawa bekalan elektrik kepada beban yang terputus sebelum sampai ke beban disebabkan oleh terpotong,terhimpit dan sebagainya hendaklah dibuat pendawaian semula. Kerosakan beban-beban elektrik seperti lampu yang terputus filamennya dan pemanas air yang juga terputus elemennya hendaklah dibaiki atau diganti dengan yang baru.

 

 

JADUAL 1

PEMERIKSAAN DAN PENYENGGARAAN

Perkara

Pemeriksaan

& Penyelenggaraan

Harian

Bulanan

Tahunan

 

BUTIRAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.  Voltan

2.  Arus dan komponen

3.  Suhu bilik/sekeliling

4.  Suhu lilitan stator

5.  Getaran

6.  Suhu ala

7.  Bunyi luarbiasa

8.  Kerosakan lain-lain

9.  Masukkan gris jika

     perlu

10.Rintangan penebatan

11.Penjajaran penjodoh

 

 

 

     O

     O

     O

     O

     O

     O

     O

     O

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

            O

 

            O

 

            O

 

 

 

 

 

Kerosakan Alat Perlindungan

Kerosakan  alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti suis utama, PBLK, fius dan MCB tidak dapat menjalankan fungsinya apabila berlaku arus bocor ke bumi dan arus lebih dalam litar.

Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilapurkan oleh pengguna seperti suis utama tidak boleh di’OFF’kan, PBLK tidak terpelantik walaupun terdapat arus bocor ke bumi dan MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya sehingga merosakkan kabel yang dikawal oleh MCB tersebut.

Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:-

                      i.        Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.

                     ii.        MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.

                    iii.        PBLK yang hilang kepekaan.

                   iv.        Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.

 

Kaedah mengesan kerosakan dan penyelesaiannya iaitu

a)    Sesentuh suis utama melekat

 

                      i.        Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

                     ii.        Gunakan multimeter bidang voltan.

                    iii.        Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis utama masih memberikan bacaan voltan (415V untuk tiga fasa dan 240V untuk satu fasa) maka itu menunjukkan sesentuhnya telah rosak.

Sekiranya ini berlaku sepatutnya suis utama itu ditukarkan dengan yang baru kerana mungkin sesentuhnya telah cair dan melekat.

b)    MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya

 

                      i.        Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

                     ii.        Gunakan ‘clamp tester’ bidang arus.

                    iii.        Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan operasikan bebannya seperti mesin elektrik sekiranya arus yang melalui MCB itu lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak terpelantik,maka itu menunjukkan ianya telah rosak.

Sekiranya ini berlaku MCB itu perlu ditukar dengan yang baru kerana kepekaannya telah hilang atau bahagian sesentuhnya telah melekat kerana telah lama digunakan.

c)    PBLK hilang kepekaan

 

                      i.        Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

                     ii.        Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji.

                    iii.        Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu menunjukkan ianya telah hilang kepekaan.

PBLK tersebut perlu digantikan dengan yang baru kerana ianya telah rosak dan boleh menyebabkan pengguna terkena renjatan elektrik.

d)    Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya

                      i.        Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

                     ii.        Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau penukaran fius yang tidak mengikut kadaran yang betul.

 

 Kaedah mengesannya ialah dengan menanggalkan fius tersebut dari tempatnya,                            melihat kadaran fius pada badannya ( fius HRC ) dan menyukat saiz dawai  fius ( fius dawai semula ) untuk menentukan sama ada kadarannya adalah betul. Sekiranya kadaran fius lebih besar daripada sepatutnya ianya perlu ditukarkan dengan yang betul kadarannya kerana kadaran yang tidak betul boleh merosakkan beban yang ditanggungnya disamping merbahayakan pengguna .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BORANG 1        LAPORAN PENGUJIAN

Nama              : ………………………………………….

No. K.P           : ………………………………………….

Tarikh              : ………………………………………….

PERKARA

KEPUTUSAN

 

1.Laporan Secara Pemerhatian

2.Laporan Kaedah Litar Pendawaian

3.Laporan Pengujian:

i.              Ujian Keterusan

 

ii.             Ujian Kefungsian

 

iii.            Ujian Kekutuban

 

iv.           Ujian Penebatan

 

4.Langkah-Langkah Keselamatan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JADUAL 2

 KEPUTUSAN UJIAN PEPASANGAN

PENDAWAIAN DOMESTIK

Nama : …………………………………                                  Sukatan Suis Utama: ………………Amp

No. K.P : ………………………………………..                      Kadaran Fius: ………………………Amp

                                                                                    Sukatan PLBK : …………………….Amp

BUTIR-BUTIR/ BILANGAN LITAR/RADAS

BIL. MATA LAMPU

BIL. SOKET ALIR KELUAR

BIL. KUASA

UJIAN-UJIAN MENURUT PERATURAN PIHAK BERKUASA BEKALAN  7(2)

(1)

RINTANGAN PENEBAT ANTARA PENGALIR DAN BUMI

(2)

RINTANGAN PENEBAT ANTARA PENGALIR

(3)

KEKUTUPAN SUIS DAN SOKET ALIR KELUAR

(4)

KESELANJARAN BUMI DIPERIKSA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KESELURUHAN PEPASANGAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                   

Jenis Kendalian PLBK : …………………

Keupayaan arus terus sebanyak 500V telah digunakan untuk menentukan rintangan penebatan yang dicatitkan di atas

…………………………………………….                               ………………………………………..

    Tandatangan Penguji                                                           Tandatangan Penyelia

 

Tarikh : …………………………………..                    Tarikh………………………………

1.3 JENIS RAJAH SKEMATIK

Gambar rajah skema ialah lukisan litar elektrik dalam bentuk symbol piawai komponen.Lukisan ini menunjukkan aliran kendalian sesuatu litar.Simbol piawai komponen disambungkan antara satu dengan lain secara lurus bagi membentuk sambungan litar lengkap.Gambar rajah skema unit kawalan utama pengguna ditunjukkan dalam rajah 4.

 

                                                            Rajah 4

 

Pelan Bentangan

Pelan bentangan ialah lukisan yang menunjukkan susun atur symbol piawai alat tambah dan kelengkapan pada pelan lantai bangunan.Kedudukan sebenar alat tambah dan alat kelengkapan ditapak bina adalah berpandukan kepada kedudukan simbolpada pelan bentangan.Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan industri. a. Pelan Bentangan Domestik Pelan bentangan domestic menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman.Susus atur symbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya tenaga.Lagenda(symbol) disediakan bersama-sama pelan bentangan bagi menunjukkan symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.Rajah 5 menunjukkan contoh pelan domestic berserta lagenda.

 

 

1.4 AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK

Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta

Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

      i.        Akta Suruhanjaya Tenaga 2001

 

1.0     Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan tenaga di Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

1.1     Suruhanjaya Tenaga Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 sebagai pengawal baharu untuk industri tenaga di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa industry tenaga dimajukan dengan cara cekap agar Malaysia bersedia untuk menghadapi cabaran baharu globalisasi dan perlonggaran, dengan kerapnya dalam industry bekalan tenaga.

    ii.        Akta Bekalan Elektrik 1990 (Kawalan Kompeten)

 

2.0     Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan sebagaimana ditetapkan.

2.1     Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit dan, jika pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.

 

   iii.        Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (AKTA 447) Mengenai Senggaraan

 

3.0     Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan.

3.1     Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam

keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

3.2      110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

3.3      110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun.

3.4      110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

3.5      110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu pepasangan.

 

   iv.        MS 1936: 2006 / IEC 60364

 

4.0     Peraturan MS IEC 60364 dan Peraturan IEE adalah merupakan sebuat peraturan yang diguna pakai untuk menentukan keseragaman dan mutu sesebuah pemasangan bagi pendawaian elektrik. Perbezaan yang ketara ialah MS IEC 60364 di guna pakai diperingkat Antarabangsa manakala Peraturan IEEE hanya diguna pakai di Negara bekas Jajahan British.

4.1     Definisi:-

·         The IEE 16th Edition is a familiar standard with Malaysian Engineers.

·         IEE 16th Edition is known as BS 7671 “Wiring Installation for Buildings”.

·         IEC 60364 “Electrical Installation of Buildings” was adopted as a Malaysian Standard (MS) in 1996.

 

    v.        MS 1979: 2007 (Code of Practice - COP) Pemasangan Elektrik Pada Bangunan

 

5.0     Malaysian Standard telah pun dibangunkan berdasarkan kepada bahan sumber yang terkandung di dalam panduan MS IEC 60364 tentang pemasangan elektrik pada bangunan.

5.1     Dalam menyatakan keperluan keselamatan kepada pengguna, standard ini menyebutkan dengan jelas amalan berkaitan dengan pemasangan elektrik pada bangunan untuk rumah kediaman dan tempat tinggal. Tambahan pula, standard ini juga membincangkan contoh tertentu bila dan di mana bentuk lain bagi pemasangan elektrik voltan rendah (LV) memberi kesan terhadap keselamatan pengguna tanpa makluman; selagi bekalan elektrik awam LV adalah daripada system TT dan pemasangan tidak bercanggah dengan yang diperintahkan oleh jurutera elektrik rekabentuk professional.

5.2     Sembilan pulu satu kod amalan bentuk standard ini dengan setiap amalan mempunyai nombor rujukan tersendiri. Urutan kemunculan dalam senarai amalan secara umunya mengikut aliran empat belas isu seperti yang dibincangkan dalam panduan MS IEC 60364 berkenaan pemasangan elektrik pada bangunan.

5.3     Setiap daripada kod amalan adalah penyataan ringkas berhubung keperluan berkaitan seperti yang ditetapkan oleh pertimbangan keselamatan elektrik untuk perlindungan pengguna; seperti mana norma industry Malaysia dan bagi setiap peraturan.

   vi.        Based on latest instruction by regulatory body

 

1.0      Peraturan-Peraturan ini menetapkan syarat asas perkhidmatan, iaitu tugas dan kewajipan serta hak asasi kakitangan setiap organisasi sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis mengikut Perkara 11.1 Konvensyen mengenai Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.

 

1.1      Peraturan boleh didefinisikan sebagai gabungan organisasi, peraturan, dan sekatan yang mengakibatkan tingkah laku selaras dengan kebolehpasaran, akauntabiliti, ketelusan dan kestabilan.

 

1.2      Dalam konteks ini, Peraturan-Peraturan yang baik sepatutnya dapat dilihat sebagai daya penggerak untuk perkhidmatan kewangan yang berkualiti dan boleh dipercayai.

 

1.5 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 514 (OSHA) 1994

Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sector swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdangan dan angkatan tentera.

Tujuan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994:-

·         Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.

·         Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang bekerja).

·         Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja.

·         Untuk mengadakan suatu system perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industry disamping peruntungan Akta.

 

1.6 KEPERLUAN KEBENARAN UNTUK MENGAKSES TAPAK

 

                  i.        Kad Hijau (Green Card)

 

Tujuan Pendaftaran Personel Binaan di CIDB adalah untuk memberi kesedaran dalam aspek keselamatan dan kesihatan untuk semua Personel Binaan di tapak bini di samping mewujudkan budaya keperihatinan kebajikan personel binaan melalui Skim Perlindungan Insuran Berkelompok.

 

Pendaftaran Personel Binaan adalah berdasarkan Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) yang mewajibkan semua Personel Binaan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan dan berumur 16 tahun dan ke atas berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB.Mandatori bagi setiap Personel Binaan yang bekerja dalam bidang pembinaan seperti termaktub di bawah seksyen 33:

 

Seseorang Tidak boleh terlibat atau diambil atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

 

Seksyen 33 (1). (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520)

Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2000

Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2001

 

Denda RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan personel sekiranya bekerja di tapak pembinaan dengan tidak memiliki Kad Hijau yang sah.

 

Image result for kad hijau cidb

 

Rajah 3: Contoh Kad Hijau (Green Card)

 

                 ii.        Pasport Keselamatan (Safety Pasport)

 

Passport Keselamatan digunakan untuk bekerja di premis-premis pembinaan di bawah kawal selia Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Kursus ini telah diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Passport ini mempunyai insurans hayat (tertakluk pada kelulusan CIDB).

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 telah menggariskan tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan setiap pekerja termasuk para kontraktor dengan memberikan maklumat dan latihan kepada mereka. Setiap kontraktor dan individu yang berurusan dengan organisasi diwajibkan mengikuti kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mendapatkan kad passport.

Objektif bagi program latihan Passport Keselamatan:

·         Menerangkan semua perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

·         Menerangkan punca utama yang menyebabkan kemalangan atau penyakit pekerjaan.

·         Menjelaskan bahawa semua kemalangan dan penyakit boleh dicegah.

·         Menyatakan definisi, punca dan kategori hazard di tapak projek.

·         Menerangkan kaedah kawalan risiko di tapak projek.

·         Kaedah pembelajaran terbaru secara interaktif, maya dan kendiri.

 

 

 

Image result for pasport keselamatan niosh
 

 

 

 

 

 


                  Rajah 4: Contoh Passport Keselamatan TNB

 

1.7 STANDARD INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (SIRIM)

SIRIM (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia)

Pada tahun 1966, selari dengan usaha mempercepatkan pembangunan industri Malaysia, Menteri Perdagangan dan Industri telah menubuhkan Lembaga Standard Malaysia (SIM). Pada tahun 1974, SIM digabungkan dengan National Institute for Scientific and Industrial Research (NISIR) untuk membentuk Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM). Kesan daripada keputusan ini SIRIM ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar oleh SIRIM (Incorporation) Act, 1975 yang berkuat kuasa mulai 15 September 1975.  Dengan penggabungan ini, SIRIM dilengkapi lebih baik untuk memperluaskan skop operasinya selaras dengan kemajuan sector perindustrian yang pesat di Malaysia.

Selari dengan persekitaran yang sentiasa berubah – ubah pindaan dibuat terhadap SIRIM (Incorporation) Act yang berkuatkuasa mulai 24 Julai 1993. Pindaan ini membolehkan SIRIM untuk melakukan operasi komersial melalui pembentukan usahasama atau anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya. SIRIM yang sebelumnya dianggotai oleh 24 ahli Dewan kini digantikan dengan 13 ahli yang mana enam daripadanya adalah daripada sektor awam dan tujuh daripada sektor swasta. Struktur lembaga pengarah SIRIM yang baru membolehkan akauntabiliti dan keefisyenan yang lebih baik disamping memperkukuhkan lagi hubungan SIRIM dengan sektor perindustrian. Pada 1 September 1996, SIRIM diperbadankan dan kemudiannya dikenali sebagai SIRIM Berhad. SIRIM Berhad ditubuhkan selaras dengan peruntukan dalam Akta Syarikat 1965 dan diamanahkan dengan semua hak dan kewajipan SIRIM.

SIRIM Berhad adalah sebuah badan milikan kerajaan di bawah kawalan Kementerian Kewangan. Dengan pengalaman dan kemahiran yang lebih daripada empat puluh tahun sebagai pusat pembangunan dan penyelidikan teknologi, SIRIM merupakan badan jaguh kualiti di negara kita. Objektif utama SIRIM adalah untuk mencari dan mengembangkan teknologi baru bagi membantu perniagaan - perniagaan di Malaysia untuk bersaing dengan sengit melalui kualiti dan inovasi.

SIRIM diiktiraf sebagai organisasi global yang melakukan penyelidikan dan pembangunan standard di seluruh dunia. SIRIM bukan sahaja merupakan salah satu daripada sembilan ahli pengasas Global Research Alliance (GRA) tetapi juga pernah bekerjasama dengan organisasi – organisasi teknologi terkemuka daripada sembilan negara di empat benua yang berlainan. SIRIM komited untuk mengembangkan rangkaian pengetahuan global untuk industri dan sektor industri untuk meningkatkan daya saing mereka. Selain itu, SIRIM juga merupakan sekretariat World Association of Industrial and Technological Organisations (WAITRO), iaitu sebuah persatuan bebas yang terdiri daripada organisasi penyelidikan industri yang ditubuhkan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan keahlian seramai 160 ahli di 80 negara.

Sebagai badan pembangunan standard negara, SIRIM memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan standard antarabangsa. Fungsi SIRIM adalah untuk menyelaraskan penyertaan negara kita dalam aktiviti penetapan standard antarabangsa. Sehingga kini, Malaysia merupakan ahli di dalam lebih dari lapan puluh Jawatankuasa Teknikal ISO. SIRIM juga bertindak sebagai agen pemeriksaan di negara Malaysia untuk lebih daripada 20 lembaga pensijilan asing yang berkaitan dengan penilaian kesesuaian untuk barang – barang eksport Malaysia.

 

 

 

DSM (Department of Standard Malaysia)

Pada 28 Ogos 1996, Department of Standard Malaysia atau DSM ditubuhkan iaitu sebuah badan standard dan akreditasi negara yang ditubuhkan kesan daripada pemerbadanan SIRIM bagi memainkan peranan sebagai badan yang mengawal standard dan akreditasi negara. Objektif DSM adalah untuk mempromosi standard negara, mengurus akreditasi negara mengikut amalan antarabangsa, mengekalkan kredibiliti, integriti dan kecekapan sistem standard dan akreditasi negara serta menjaga kepentingan Malaysia di peringkat negara dan antarabangsa dalam bidang standard dan akreditasi.

Jabatan Standard Malaysia bertanggungjawab untuk memproses kesemua aplikasi untuk tujuan akreditasi dan menyerahkannya kepada Ketua Pengarah untuk diluluskan dan mengeluarkan sijil – sijil akreditasi. Ketua Pengarah DSM melapor terus kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Setiausaha Agung Kementerian. Ketua Pengarah DSM dibantu oleh Pengarah Akreditasi dalam pengurusan aktiviti akreditasi seharian.

DSM lazimnya adalah terbuka kepada masyarakat umum dan mana – mana pemohon tidak kira sama ada badan tempatan atau syarikat asing boleh membuat permohonan di DSM dengan syarat mereka memenuhi syarat-syarat akreditasi yang telah ditetapkan dan diterbitkan oleh DSM. Perkhidmatan akreditasi DSM adalah adil dan tidak diskriminasi terhadap mana – mana pihak. Syarat - syarat, dasar dan prosedur akreditasi yang terlibat adalah sama dan seragam untuk semua badan pemohon tidak kira jenis badan bersekutu atau jenis pemilikan seperti organisasi swasta atau organisasi milik kerajaan.

 Umumnya, DSM akan melakukan ujian terperinci terhadap prosedur pemohon yang didokumenkan untuk memastikan bahawa ia memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang diterbitkan. DSM juga akan mendapatkan juru penilai kualiti yang bertauliah untuk melakukan penilaian di tempat pemohon.  Keputusan pemberian akreditasi adalah berdasarkan kepada laporan penilaian yang dinilai oleh suatu Panel Penilaian atau dikenali sebagai Review Evaluation Panel. Keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah adalah bersandarkan kepada keputusan akreditasi yang dibuat oleh  Panel Penilaian. Kebebasan sistem akreditasi DSM adalah terjamin di setiap  peringkat, iaitu, peringkat strategik dan polisi, peringkat keputusan dan akhir sekali peringkat penilaian.

 

1.4 PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI SENGGARAAN

          Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan

          Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya

          110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan

          110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun

          110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun

          110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu pepasangan

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (KAWALAN KOMPETEN)

·         Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan sebagaimana ditetapkan

 

·         Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit dan, jika pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.

     

 

             SOALAN:

 

1.    Nyatakan empat kerosakan yang sering berlaku di dalam pemasangan domestik satu fasa.

 

2.    Nyatakan maksud ‘litar pintas’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

 

3.    Nyatakan maksud ‘litar bocor ke bumi ’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

 

4.    Nyatakan maksud ‘litar buka’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

 

5.    Nyatakan maksud ‘kerosakan alat perlindungan’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

 

 

RUJUKAN:

  1. ABD SAMAD HANIF(2000),  Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,

 Edisi  Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

  1. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7

 

  1. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4

No comments:

Post a Comment