Thursday, February 6, 2020

NOTA 1 : PENGENALAN LUKISAN PENDAWAIAN SATU FASA


KLIK : NBLOG NOTA
KLIK : NOTA PENERANGAN 1

  1. PENGENALAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK SATU FASA. 

  • Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik, 

  • Kenalpasti Sistem Bekalan Elektrik,

  • Peraturan Am Pemasangan Alat Tambah, 

  • Faktor Kepelbagaian Pepasangan Elektrik 

     

     




    TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai lukisan elektrik fasa tunggal.

    PENERANGAN :

    1. Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik
    Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan kedudukan alat
    lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang digunakan dan kadar arus perlindungan
    litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan
    elektrik Lukisan elektrik juga dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan
    dan anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.

    2. Kenalpasti Sistem Bekalan Elektrik
    Sistem satu fasa - Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu kabel
    neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V
    AC norminal. Sistem satu fasa (Single phase) - Beban kurang seperti rumah kediaman

    Sistem tiga fasa (Three phase) - Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup
    dan satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai
    tersebut adalah 415V AC. - Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.

    3. Peraturan Am Pemasangan Alat Tambah
    Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
    Tenaga . Antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut:

    a. Suis
    i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya ,
    mudah dikendalikan.
    ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi. Jika suis perlu dipasang didalam bilik
    mandi, suis jenis tarik hendaklah digunakan.
    iii. Suis dua hala sesuai digunakan untuk koridor, tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
    iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan
    kawalan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau
    lebih.

    NO. KOD EE-320-3:2012

No comments:

Post a Comment