Monday, February 10, 2020

Takrif Programme Learning Outcome (PLO)



Nyatakan takrif Programme Learning Outcome (PLO) dan nyatakan hasil 9 pembelajarannya ?

3 comments:

  1. Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set pernyataan yang menerangkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan sesuatu program.

    Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV akan dapat:

    1. Mengamalkan pengetahuan yang mempunyai hubungan dengan bidang vokasional. [LO1]
    2. Mengaplikasi kemahiran praktikal dan menyelesaikan masalah.[LO2]
    3. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. [LO3]
    4. Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti kejuruteraan serta masyarakat. [LO4]
    5. Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam melaksanakan pelbagai bidang tugas. [LO5]
    6. Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan kod
    amalan profesion. [LO6]
    7. Mengaplikasi kemahiran pengurusan maklumat dalam pembangunan professional berterusan dan
    melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat.[LO7]
    8. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam aspek perniagaan bagi meningkatkan kemahiran
    keusahawanan untuk kemajuan kerjaya. [LO8]
    9. Mengamalkan ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang berkesan. [LO9]

    ReplyDelete